Chocolate Moist Cake a.k.a Kek Coklat Tonggang Tebalik



Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh Sodium Bikarbonat
1 sudu teh Serbuk Penaik
1 cawan minyak
2 cawan gula
2 biji telor
1 sudu teh esen vanilla
1 air panas
3/4 atau 1 cawan serbuk koko (bergantung kepada kehitaman)
1 cawan susu sejat
Secubit garam

Cara-cara:
-Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan tepung penaik. Kemudian ayakkan sekali serbuk koko.
-Pecahkan telur dalam mangkuk besar dan gaulkan
-Masukkan esen vanilla, minyak dan susu sejat, gaulkan sedikit
-Masukkan gula, gaulkan lagi
-Masukkan air panas, gaul sehingga hampir rata
-Sambil menggaul, masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit
-Kacau sehingga rata dan pastikan tidak terdapat ketulan tepung dalam adunan

Membakar:
-Sapukan majerin/butter pada loyang, dan renjiskan tepung sedikit seperti tayamum
-Goyangkan loyang dan buang tepung yang berketul di sinki
-Tuang adunan tadi kedalam loyang.
-Bakar pada 150 darjah celcius selama 45 minit, cucuk kek menggunakan lidi dan periksa jika masih terdapat adunan cair pada lidi tersebut.
-Tambah beberapa minit jika kek belum masak
-Biarkan sejuk dan untuk sajian terbaik, biarkan semalaman untuk kek yang lembap

*pastikan anda menggaul pada satu arah sahaja...aku tanye mak die pun xtau kenape

Peratusan kegagalan : 13%

Family kami panggil kek ni kek tonggang tebalik..sbb urutan mane korg nak campur bahan ni pun boleh, cume jangan letak air menggelegak tu direct kat telur la sbb kang telor tu masak plak.

First time aku buat, aku ingat xjadi sbb org sume kutok muke cam aku ni xkan reti buat kek..hahah
Tapi bile aku bagi member aku try, aku sendiri xdapat makan puas...haihh...ade yg sanggup bayar suruh aku buat lagi..lol

Chobe2 lah kalau xde keje...hehe.

Kalau ade microwave oven, boleh setting dalam 500W pastu bakar dalam 12minit. Biarkan sejuk lepas masak sbb proses masakan masih berlaku lepas keluar oven. Pastikan kek tu berpusing dalam oven. Kalau x, pusing sendiri sikit2 setiap minit.

Kalau pemalas sangat nak buat banyak2, adjust jumlah bahan tu ikut ratio die, dan microwave 2 ke 3 minit pun jadik...haha..macam bancuh milo je.

Ape2 pun, jangan sesekali pakai bekas besi kalau nk guna microwave...kang molotup xdapek den nak nolong.